Seperti tidak tahu dari mana patut mulakan utk post kali ni..aku ingin buat sedikit perubahan dalam cara penulisan kali ini. Idea mula mengalir seperti air yg mengalir utk bercakap namun bila dihadapan computer jari-jemari seperti tidak mahu bergerak..Kenapa? Terasa diri ini masih serba kekurangan utk menasihati orang lain kerana diri juga bnyk melakukan perkara-perkara lagha. Moga dapat berubah kepada yg lebih baik. Insyaallah. Aku gagahi diri juga utk mengarang sedikit coretan untuk tatapan para pembaca. Aku namakan ia Mencari Identiti dalam Mengenali Rabbul `Izzah.
Detik demi detik, hari demi hari, bulan berganti bulan dan mengungkap tahun demi tahun..usia makin meningkat untuk menyahut seruan Rabbul `Izzah,yakni Allahu Rabbi. Kadang kala terlintas juga difikiran adakah amalan selama 23 tahun aku hidup diterimaNya??. Buntu dan kelu. Allah sahaja yg mengetahui segalanya. Dilahirkan dalam keluarga yg mempunyai uslub dan fikrah Islami adalah sesuatu yg aku idamkan dan mungkin diidamkan oleh semua org. Aku bersyukur pada Allah mengurniakan aku dgn ini. Parents aku bukannya ustaz ustazah seperti org lain namun punya hati untuk mendalami agama dan berjuang utk Islam. Berlatar-belakangkan Ayah seorang Tentera satu ketika dahulu dan Ibu seorang surirumah tangga sepenuh masa tidak menghalang mereka untuk mendidik anak-anak untuk meniti kehidupan sebagai seorang Muslim.
Aku dibesarkan dikampung yg mana terdapat sawah padi dan kicauan burung yg aku dapat dengari setiap pagi. Indah!! Seperti kanak-kanak lain juga, aku bermain, bersekolah, mengaji agama dan mandi sungai tidak ketinggalan. Masih segar lagi diingatan aku pergi mengaji dirumah nenek selepas solat maghrib berjemaah di surau. Rumah nenek tidaklah jauh tapi kawasan rumahnya sangat lah gelap. Perjalanan yg 5minit aku rasakan bagai 30min jauhnya. Kiri dan kanan hanya semak samun. Itu lagi membuatkan hati berdebar-debar untuk pergi mengaji. Khabar angin dari orang kampung juga ada mengatakan hantu suka bertenggek dipokok kekabu(maaf jika salah). Berat lagi rasa hati ini untuk pergi. Allah sahaja yg mengetahui perasaaan aku ketika itu.
Pernah juga satu ketika aku terjatuh basikal akibat terlalu takut dan ingin memecut pulang ke rumah selepas mengaji. Dulu aku hanya menaiki basikal BMX. Hadiah dari seorang ayah kepada anaknya kerana pencapaian yg cemerlang dalam peperiksaan. Hidupku semuanya dibayangi oleh kejayaan kakak-kakak. Oleh sebab itu hati kecil ini berkata aku mahu berjaya seperti mereka malah lebih berjaya dari mereka. Pasang niat diddalam hati.
Aku tak suka kalah dalam pelajaran malah dalam segala bidang skali pun jika didalam adik-beradik. Aku seorang sahaja lelaki dalam keluarga dan aku mahu buktikan pada ahli keluarga yg aku mampu berjaya seperti mereka semua. Sejak kecil lagi aku diasuh dan disokong untuk semangat belajar. Ibu bapa dan kakak-kakak lah yg banyak memberi tunjuk ajar dalam pelajaran. Aku sangat meminati bahasa Inggeris hinggalah ada satu masa itu ayah baru balik dr Mekah pukul 3 pagi, aku terus bertanyakan soalan dari buku latihan kepadanya. Manis bila dikenang kembali.
Aku mula mendapatkan pelajaran formal di SKSS (Sekolah Kebangsaan Syed Sheh). Tahun demi tahun dari Tahun 1 hinggalah Tahun 6, aku meniti dgn jayanya. Setiap peperiksaan aku berjaya untuk kekalkan prestasi cemerlang. Alhamdulillah. Pernah juga bermain rugby disekolah rendah dahulu..Terasa amat kelakar bila dikenang kembali. Pernah juga dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar. Adakah aku cukup bagus untuk pelajar lain ikuti? Layakkah aku untuk menerima penghargaan sebegitu dgn keadaan diri ni?Rasa rendah diri namun bersyukur. Alhamdulillah.
Zaman kecilku amat bermakna sampai aku memikirkan jika aku mampu balik ke zaman kecilku, pastinya aku mahu. Akan tetapi semua itu mungkin berlaku didalam mimpi. Kita harus berpijak dibumi yg nyata.
Akan bersambung....(Part 2)
No comments:
Post a Comment